Followers

Saturday, March 14, 2015

Jiwa Itu Mungkin Boleh Mati Seketika..



Assalamualaikum..


Malam yang membuatkan aku terasa untuk menulis seketika.Bila diingat kembali peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup ini.Jatuh bangun mesti akan terasa diri ini masih disayangi Allah walaupon dah tak terkira dosa-dosa yang telah dibuat.Kecil sangat hidup ini.Aku manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan.Kadang mood ok,..tapi bila dalam keadaan down , pasti tempat yang dicari hanya satu.Yang boleh buat kita tenang , kita mampu berfikir agar jiwa kita itu kembali hidup.


Bila dalam kegembiraan kita alpa selalu sangat leka itulah yang dinamakan manusia.Nampu kita masih  berfikir dengan waras walaupun kekadang diluar kewarasan akal.Penuh dengan emosi sukar diduga satu perasaan yang sangat sukar diungkap dan digambarkan bila sesuatu berlaku seperti satu nafas yang terikat sukar untuk dilepaskan.Walaupon kita cuba keluar dan cuba melepaskan , jiwa itu masih tersekat.

Namun bersyukur  masih diberi peluang untuk bernafas bernafas mencari apa itu kehidupan mencari apa itu dosa.Berlari sana sini macam esok dah jadi titik noktah dalam hidup boleh diibarat bila kita dalam bilik kecil gelap yang tiada apa.Yang ada hanyalah diri ini.Bila diteliti dan direnung kembali penuh dengan kekilafan.Mungkin disaat itu baru terfikir.Bila ujian mendatang mula sedar seketika namun dikemudiannya kembali seperti biasa lupa segala-galanya.Kehidupan sekarang yang buatkan kita lupa siapa sebenarnya diri ini.Hidup, mari ,jodoh itu semua ketentuan Tuhan.Kadang aku terfikir dan mengeluh sendirian.Apa yang masih kurang dalam diri ini.Ya..aku masih muda jiwa aku perlukan pengisian.



Jangan menunggu terlalu lama..

Moga Allah memberkati setiap perjalanan kita.

Moga Allah jagakan perhubungan aku dan dia


Terima Kasih

1 comment:

syira yaya said...

moga Allah sentiasa merahmati :)

© My Destiny | Design By Blog Bingkisan Hati