Followers

Monday, March 16, 2015

Tangisan Dalam Kehidupan

Assalamualaikum..


Duduk termenung seketika.Cuba untuk menulis sesuatu malam ini.Mungkin boleh dijadikan renungan untuk diri aku sendiri dan satu perkongsian.Fikiran aku kosong dan jiwa aku kosong ketika ini.Perasaan gelisah tiba-tiba wujud di mana ketenangan yang aku kecapi sebelum ini.Mungkin semakin menjauhi diri ini tanpa aku sedar.Seperti angin berlalu pergi boleh dirasai namun tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Bila cuba mengejar ia pergi semakin jauh seperti buih-buih yang berterbangan di udara.Pergi, pergi dan terus pergi Ya Allah.

Dalam kedinginan malam ini cuba tempatkan diri aku jika aku menghadapi satu ujian yang Allah berikan.Keadaan dimana aku belum sedia untuk hadapinya.Ya...aku pasti dunia aku akan gelap seketika.Ujian apakah yang Allah cuba sampaikan ini.Kuatkah untuk menghadapi segala-galanya.Di manakah kesilapan yang  lakukan. Zalimkah diri  ini selama ini.Betapa Allah cuba menyedarkan aku bertapa dia menyayangi aku. Mungkin dia mahu mendengar rintihan doa aku kembali,mungkin terlalu lama dalam kehidupan yang tanpa ada ujian,  kebergantungan kepada Allah itu semakin hilang. Allah itu maha berkuasa.

Bila kita diuji ,jiwa terdiam seketika , hati mungkin mati, jeritan kecil yang tidak pernah terdengar hanya esakkan dari tangisan, yang berusaha untuk mencari secebis kekuatan kembali. Kita manusia tidak kuat saat-saat menghadapi ujian hidup. Bila-bila masa sahaja  kita boleh jatuh, emosi yang bakal mengawal segalanya.Ya...manusia yang sentiasa beremosi bakal membawa kepada kehancuran.
Mata tidak  dapat menampung titisan jernih yang semakin laju.Cuba disekat namun tetap laju.Perasaan waktu itu mungkin sesangat sukar digambarkan. Aku tewas kepada keadaan.Kenapa disaat kebahagian mendatang , tiba-tiba dengan mudah ia hilang.Pertanyaan untuk mendapatkan kepastian.Tapi aku tahu jawapan itu hanya ada pada Allah.
Pergi yang boleh membuatkan seluruh hidup mati seketika.
Itulah manusia hidup berpaksikan dunia, tanpa menoleh seketika.

Tapi kita mungkin sedar kembali.Kerna hati yang dijaga , pegangan yang ada , dengan sedikit keimanan Insyaallah mampu bangun kembali.
Ya mungkin sekarang dalam kegelapan namun bila engkau bukakan sedikit ruang mula bangkit ada satu cahaya  yang sangat terang itulah ketenangan yang Allah kurniakan.Allah telah titipkan satu jalan kepada engkau.Hargai ia sebaik mungkin.Ikhlaskan hati dan percaya kepada ketentuan.Moga terus bangun dan melangkah pergi.Biarkan apa yang terjadi hanya kau dan Allah mengetahui.
Dia sebaik-baik tempat untuk menyimpan rahsia.
.




Terima Kasih

3 comments:

syira yaya said...

Semoga Allah sentiasa Merahmati :)

SAMIQA ♥ said...

kdang2 kita tak perasan, kita semakin jauh dari dia.. sebenarnya..
dia memanggil kita dengan ujian, untuk mamanggilnya kembali... ^^


Jemput join giveaway Nurrul : http://youismysoul.blogspot.com/2015/03/giveaway-by-nurrul.html

Mr.N said...

sentiasa redha dengan apa yang berlaku ...

© My Destiny | Design By Blog Bingkisan Hati