Assalamualaikum..
Duduk termenung
seketika.Cuba untuk menulis sesuatu malam ini.Mungkin boleh dijadikan renungan
untuk diri aku sendiri dan satu perkongsian.Fikiran aku kosong dan jiwa aku
kosong ketika ini.Perasaan gelisah tiba-tiba wujud di mana ketenangan yang aku
kecapi sebelum ini.Mungkin semakin menjauhi diri ini tanpa aku sedar.Seperti
angin berlalu pergi boleh dirasai namun tidak dapat dilihat dengan mata
kasar.Bila cuba mengejar ia pergi semakin jauh seperti buih-buih yang
berterbangan di udara.Pergi, pergi dan terus pergi Ya Allah.
Dalam kedinginan
malam ini cuba tempatkan diri aku jika aku menghadapi satu ujian yang Allah
berikan.Keadaan dimana aku belum sedia untuk hadapinya.Ya...aku pasti dunia aku
akan gelap seketika.Ujian apakah yang Allah cuba sampaikan ini.Kuatkah untuk
menghadapi segala-galanya.Di manakah kesilapan yang lakukan. Zalimkah diri ini selama ini.Betapa Allah cuba menyedarkan
aku bertapa dia menyayangi aku. Mungkin dia mahu mendengar rintihan doa aku
kembali,mungkin terlalu lama dalam kehidupan yang tanpa ada ujian, kebergantungan kepada Allah itu semakin
hilang. Allah itu maha berkuasa.
Bila kita diuji ,jiwa
terdiam seketika , hati mungkin mati, jeritan kecil yang tidak pernah terdengar
hanya esakkan dari tangisan, yang berusaha untuk mencari secebis kekuatan
kembali. Kita manusia tidak kuat saat-saat menghadapi ujian hidup. Bila-bila
masa sahaja kita boleh jatuh, emosi yang
bakal mengawal segalanya.Ya...manusia yang sentiasa beremosi bakal membawa
kepada kehancuran.
Mata tidak dapat menampung titisan jernih yang semakin
laju.Cuba disekat namun tetap laju.Perasaan waktu itu mungkin sesangat sukar
digambarkan. Aku tewas kepada keadaan.Kenapa disaat kebahagian mendatang ,
tiba-tiba dengan mudah ia hilang.Pertanyaan untuk mendapatkan kepastian.Tapi
aku tahu jawapan itu hanya ada pada Allah.
Pergi yang boleh
membuatkan seluruh hidup mati seketika.
Itulah manusia hidup
berpaksikan dunia, tanpa menoleh seketika.
Tapi kita mungkin
sedar kembali.Kerna hati yang dijaga , pegangan yang ada , dengan sedikit
keimanan Insyaallah mampu bangun kembali.
Ya mungkin sekarang
dalam kegelapan namun bila engkau bukakan sedikit ruang mula bangkit ada satu
cahaya yang sangat terang itulah ketenangan
yang Allah kurniakan.Allah telah titipkan satu jalan kepada engkau.Hargai ia
sebaik mungkin.Ikhlaskan hati dan percaya kepada ketentuan.Moga terus bangun
dan melangkah pergi.Biarkan apa yang terjadi hanya kau dan Allah mengetahui.
Dia sebaik-baik
tempat untuk menyimpan rahsia.
.
3 comments:
Semoga Allah sentiasa Merahmati :)
kdang2 kita tak perasan, kita semakin jauh dari dia.. sebenarnya..
dia memanggil kita dengan ujian, untuk mamanggilnya kembali... ^^
Jemput join giveaway Nurrul : http://youismysoul.blogspot.com/2015/03/giveaway-by-nurrul.html
sentiasa redha dengan apa yang berlaku ...
Post a Comment