Followers

Monday, March 7, 2011

Adakah ini pencarian...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang Lelaki dalam pencarian yg masih mencari
mencari pemilik tulang rusuk kirinya
sudah bertahun bersendirian
muncullah calon yang entah keberapa
seperti biasa
di usul ummi tercinta ..

Bukan calang-calang calon yang di usulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
menghormati permintaan si anak
yang mahu pendamping soleha
sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa Arab
pendek kata tip top

Si Lelaki mulakan Isthikarah
hampir berminggu
setelah diteliti gambar
mula mencari maklumat
sebelum sesi ta'aruf bermula .

Si lelaki menjenguk ke web
laman friendster kegemaran ramai
yang kini mungkin facebook
satu keajaiban !
si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
tiba-tiba tergamam
si gadis masih anggun
bertudung litup
bergambar sakan
Aduh!

terkejut bukan kepalang
calon sholehah di reject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal

dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak di tegur

akhirnya Sholehah keempunan calon soleh
merayu untuk dipertimbangkan


tapi sayang sekali
si lelaki tetap
tidak berganjak dengan keputusan

wahai muslimah ..
aku dan kamu
mari mempelajari , mencontohi
watak-watak wanita shalafussoleh
sifat , pengorbanan dan perjuangan
mereka
kerana wanita sholehah itu
lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh ...


Terima Kasih

No comments:

© My Destiny | Design By Blog Bingkisan Hati