Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya.” (Riwayat Bukhari)
Nilai malu seorang wanita,dapat menghindarkan diri mereka daripada berbuat maksiat. Malu berbuat maksiat bukan sahaja perlu ada kerana tidak mahu menerima cemuhan dan pandangan serong daripada masyarakat, malah malu itu perlu ditanam dalam diri setiap wanita kerana malu itu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu itu bukan sahaja mencerminkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, ianya dapat memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya.)
Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal…”
Followers
Thursday, June 2, 2011
Assalamualikum...
Terima Kasih
2 comments:
tq for sharing eyka :)
i got this from tmblir...
Post a Comment